Pages

Saturday, March 20, 2010

Bahaya Tuala Wanita Biasa


Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau. 

Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelarBahan Bertoksik Paling Kuatpada  masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan  Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia
Dioksin menyebabkan:
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kanser Payudara
  • Kanser Ovari
  • Kanser Usus
  • Endometriosis
  • Kemandulan
  • Fibroid
  • Keguguran     
  • Jangkitan pada uterus
  • Melemahkan sistem imuniti badan
           
Klik link dibawah untuk baca.
Laporan Utusan Pengguna Julai 2002


CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA

Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’
  • Pembungkusan di kilang Masih secara manual.
  • Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria
”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987


Tiada tarikh luput (Expiry Date)
Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba
Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan  tidak selesa.

Tiada Bahan Anti-Bakteria.
Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.


Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat 
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah 
15 000 kali !!!
 Patutlah
Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi
Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia

Tapi, Kenapakah ANDA masih menggunakan produk-produk tersebut?
Kesihatan Alat Sulit anda amat penting. Adakah anda peduli?

1 comment:

  1. Tuala Wanita Herba (bagus dan selamat untuk kesihatan wanita, tuala wanita biasa amat merbahaya!)

    Bio Sanitary Herbal Pad

    http://bit.ly/kedai_herba_online

    Cari di bawah menu 'Produk Herba'

    ReplyDelete